Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada
baginda.(Surah Al-Ahzab-56)
Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus
kali.(Hr Muslim)
Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan malaikat yang memiliki sebuah sayap di dunia timur
dan sebuah sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah
bumi yang ketujuh, padanya ada bulu sebanyak bilangan makhluk Allah swt.
Lalu apabila ada seorang laki-laki atau perempuan dari umatku membaca shalawat kepadaku,
memerintahlah Allah swt kepada malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah
Arasy. Malaikat itu menyelam di dalamnya kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya.
Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan Allah swt menjadikan dari setiap titisan itu malaikat
yang memintakan ampun padanya sampai harl kiamat".
Sabda Nabi s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat
bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah
hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)
Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad saw.
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
4) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
5) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. Selain dari itu juga menurut sumber yang lain, selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas Rasul-Nya.
(Al Ahzab : 56 )
Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:
"Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku" ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )
Kelebihan-kelebihan selawat adalah seperti berikut:
1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan
rahmat-Nya.
2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari,
insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.
3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih
Allah
4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat
rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana
5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat
Ada banyak lagi kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Di sini jelas, selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah. Nabi Adam A.S, manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW.
Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon
keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa,
iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:
Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan
kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada
Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan
Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)
Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment